Pages

MUHTAWAYAAT

Monday, November 1, 2010

KENAPA PERLUNYA BELAJAR ILMU NAHWU & SHOROF ?





Nahwu dan shorof merupakan bahagian dari ‘Ulumul ‘Arabiyyah, yang bertujuan untuk menjaga dari kesalahan pengucapan mahupun tulisan.Ulumul ‘Arabiyyah mengandungi 12 ilmu berdasarkan dari kitab al Kawakib ad-Durriyyah karangan Syeikh Muhammad bin Ahmad bin Abdulbari al-Ahdal yaitu :

Ilmu Tashrif, Nahwu, Ma’aani, Bayan, Badi’, ‘Arudh, Qawaafi, Qawanain Kitabah, Qawanain Qira’at, Insya’ul Risalah wal Khitab, Muhadharah”.


Ilmu nahwu adalah ilmu yang membahaskan tentang aturan akhir struktur kalimah (kata) apakah berbentuk rafa’, nashab, jar, jazm,.


Sedangkan ilmu shorof adalah ilmu yang membahaskan tentang shighah (bentuk) kalimah Arab dan hal ihwalnya dari mulai huruf asli, tambahan, shohih, sampai kepada ‘illat-nya.


Dari kedua ilmu ini kita dapat memahami dan mempelajari teks-teks bahasa Arab yang termaktub dalam Alquran, Hadis, Syair-syair, serta qaul-qaul bijak para ulama’ terdahulu.


Sebagaimana telah berkata Umar bin Al-khathab: “Pelajarilah bahasa Arab kerana sesungguhnya bahasa Arab itu merupakan suatu bahagian dari bahasa kalian


Seterusnya Imam Al-Qhazali berkata di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin:

Sesungguhnya bahasa Arab dan Nahwu adalah suatu sarana untuk mengetahui Alquran dan sunnah Nabi s.a.w. Keduanya bukanlah termasuk ilmu-ilmu syar’i akan tetapi wajib hukumnya mendalami kedua ilmu tersebut kerana syar’iah ini datang dengan bahasa Arab dan setiap syar’iah tidak akan jelas kecuali dengan suatu bahasa”.


Maka dengan hal tersebut, bertetapanlah dengan sebuah kaedah fiqiyyah :

مَا لاَ يَتِمَّ الْواجِبُ إِلاَّ بِهِ فَهُوَ وَاجِبُ

Ertinya: “Tidak sempurna sesuatu kewajipan kecuali dengannya, maka ia dikira wajib”.


Disini penulis menganjurkan kepada diri sendiri dan saudara/i seagama yang berada di dalam menuntut ilmu agar mempelajari ilmu bahasa arab yang diantara pokoknya yaitu ilmu Nahwu dan Shorof kerana ada beberapa alasan dan pertimbangan-pertimbangan dimaksudkan adalah seperti berikut:


Untuk menjaga lisan dari kesalahan yakni bahasa arab adalah bahasa al-Quran dan Hadits, di mana keduanya adalah primer (pokok) ajaran Islam dan kandungan kedua sumber ajaran Islam ini harus diamalkan. Sehubung dengan itu, terdapat juga kitab-kitab yang ditulis oleh Para ulama’ sejak awal perkembangan Islam, di mana kitab-kitab ini merupakan khazanah ajaran-ajaran dan ilmu-ilmu tentang islam dan sebahagian besar dari kitab-kitab ini ditulis dalam bahasa Arab. Untuk boleh mengamalkan, kandungan pokok dan cabang dari pecahan pokoknya ajaran Islam ini - terlebih dahulu- haruslah difahami. kerana pokok dan cabangnya berlaku di dalam bahasa Arab, maka haruslah dipelajari dan dikuasai ilmu tentang bahasa Arab, diantaranya ilmu Nahwu dan Shorof. Alasan penulis mengatakan begitu kerana masa sekarang banyak yang kurang faham dengan masalah –masalah agama disebabkan mempelajarinya dari buku-buku terjemahan yang terkadang-kadang masih banyak kesalahannya daripada teks asalnya sehingga menyebabkan kesalahan penerapan tersebut dalam kehidupan seharian.


Akan lebih baik bagi kita untuk mempelajari ilmu agama langsung dari sumber yang menggunakan bahasa arab, dan untuk boleh berbahasa Arab yang merupakan bahasa Al-Quran kita harus melalui mempelajari ilmu Nahwu dan Shorof kerana keduanya adalahBapa dan Ibunya ilmu. Sebagaimana kita ketahui dari nazham ini :

* الصرف أم العلوم * والنحو أبوها


Hal ini memberi ispirasi bagi penulis, agar terus mendalami serta mengkaji ilmu Nahwu dan Shorof dan ilmu yang bersangkutan dengan bahasa Arab agar diri dan lainnya boleh memahami agama dengan jelas dan benar. Mudah-mudah diberi Taufik bagiNYA kepada kita didalam mempelajari bahasa Arab diantaranya ilmu Nahwu dan Shorof serta hal yang bersangkutannya.



Wallahu 'alam


Muhammad Yasir ,

Riau

Indonesia


Friday, August 27, 2010

Pelajaran 3 : Fe'el (فعل)

fe'el (فعل) terbahagi kepada 3 (mengikut masa berlakunya):
1) Fe'el Madhi (فِعْلٌ مَاضٍ)
2) Fe'el Mudhari' (فِعْلٌ مُضَارِعٌ)
3) fe'el Amr (فِعْلُ أَمْرٍ)


1) Fe'el Madhi (فِعْلٌ مَاضٍ) : perlakuan yang berlaku pada masa lalu.
Contoh : كَتَبَ bermaksud : Dia "telah" menulis / Dia "sudah" menulis.

2) Fe'el Mudhari' (فِعْلٌ مُضَارِعٌ) : Perlakuan yang berlaku pada masa sekarang @ masa akan datang @ berterusan/kelaziman perlakuan.
Contoh 1 : يَكْتُب = bermaksud : Dia "sedang" menulis / Dia menulis (dengan erti kata kelaziman yang dibuat)
Contoh 2 : سَيَكْتُبُ (fe'el يَكْتُبُ dihubungkan dengan "سَ" yang membawa erti "akan" yakni : Dia "akan" menulis.

3) fe'el Amr (فِعْلُ أَمْرٍ) : Perlakuan yang disuruh/diperintah.
Contoh : اُكْتُبْ = bermaksud : Tulislah (kamu)!


والله تعالى أعلم.

Tuesday, August 17, 2010

Pelajaran 2: ISIM (الاسم)

ISIM (الاسم) /KATANAMA terbahagi kepada DUA:
1) MUZAKKAR مُذَكّر]
2) MU'ANNATS [مؤنث]

* Yang dimaksudkan dengan مذكّر ialah:
1- LELAKI bagi manusia, contohnya: طالب ، أب ، معاوية
2- JANTAN bagi binatang, contohnya: بقر ، قطّ ، دجاج
3- ISIM yang tidak berakhir dengan huruf TA' BULAT تاء مربوطة) bagi selain manusia & binatang, contohnya: مكتب ، فصل ، درس



* Yang dimaksudkan dengan مؤنث pula ialah:
1- PEREMPUAN bagi manusia, contohnya: طالبة ، أمّ ، زينب
2- BETINA bagi binatang, contohnya: بقرة ، قطة ، دجاجة
3- ISIM yang berakhir dengan huruf TA' BULAT تاء مربوطة) bagi selain manusia & binatang, contohnya: مدرسة ، قاعة ، درجة

والله أعلم مني بالصواب

Thursday, February 18, 2010

MOTIVASI BUAT PELAJAR-PELAJAR....

Satu artikel berkenaan dengan seorang penulis dan pendakwah bebas, Hafiz Firdaus Abdullah yang tidak mempunyai asas bahasa Arab dan tidak mendapat pendidikan bahasa Arab secara formal di peringkat menengah dan tinggi.......

"........ Memulakan pengajian di St. John's Institution, Bukit Nanas, Kuala Lumpur, beliau tidak pernah mendapat pendidikan formal di mana-mana sekolah agama atau institusi pengajian tinggi. Namun berdasarkan prinsip 'kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya', beliau mengikuti pelbagai bentuk kuliah agama serta mengkaji kitab-kitab muktabar yang ditulis oleh tokoh-tokoh ilmuwan Islam zaman silam dan juga semasa sehingga membolehkan beliau berkecimpung dalam arena penulisan ilmiah ini. Beliau juga gigih mempelajari bahasa Arab melalui guru-guru agama dan rakan-rakannya yang mahir berbahasa Arab bagi memaksimumkan kebolehannya membaca kitab-kitab agama. Sehingga kini, walaupun beliau tidak boleh bertutur tetapi beliau dapat membaca kitab-kitab berbahasa Arab dengan baik."

wahai pelajar-pelajarku!
anda belum lagi terlambat untuk menguasai bahasa Arab bahasa al-Quran dan al-Hadis.

Tuesday, February 9, 2010

TAHUKAH ANDA?! هل أنت عارف؟

1) BAHASA ARAB menduduki tempat keenam di dunia dengan anggaran 186 milion penutur.
2) BAHASA ARAB telah dinobatkan sebagai salah satu bahasa rasmi di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
3) BAHASA ARAB berkembang sebagai bahasa dunia dalam arus pendidikan global. Penubuhan unit dan institusi-institusi pengajian di negara-negara selain negara Arab seperti di Amerika, Britain, termasuk Malaysia membuktikan penerimaan bahasa ini di peringkat antarabangsa.
4) BAHASA ARAB merupakan tiga perlima daripada rukun Islam. Umat Islam mengucap dua kalimah syahadah, bersolat dan menunaikan haji menggunakan bahasa Arab sepenuhnya.
5) BAHASA ARAB telah menjadi bahasa ilmu pengetahuan dan bahasa kebudayaan semenjak daripada abad ke-4 lagi. Pada abad ke-13 hingga abad ke-14, bermulanya penterjemahan karya-karya bahasa Arab ke dalam bahasa Latin.

PELAJAR2 KU.....SILA HAYATI TULISAN INI......


Ayuh Menuntut Di Fakulti Bahasa Arab!


Pada 21/7/2009 saya menerima satu komen dari pembaca blog ini bernama telaga. Beliau menulis begini, “kebetulan sedang lemah semangat. Alhamdulillah,terbaca entri ni.. Sangat menggugah semangat. Ana calon pelajar Lughah di Mesir. Pernah seorang berkata, “kos Lughah, apa sumbangannya untuk islam!?” Kalau boleh tulislah tentang penerangan pembelajaran kos lughah di mesir. Terima kasih banyak.”

Saya memang bercadang untuk menulis lebih banyak artikel mengenai pentingnya Bahasa Arab dan segala yang berkaitan dengannya. Namun untuk kesempatan ini saya harap perkara-perkara yang ingin saya sampaikan nanti dapat menjadi penyebab, pemotivasi dan pendorong untuk adik-adik yang ingin mengambil kuliah ini. Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu adik-adik perhatikan.

1. Kuliah Bahasa Arab mempunyai peranan dan sumbangan yang sangat-sangat besar untuk Islam. Ada ulama yang menyatakan bahawa bahasa Arab wajib dipelajari oleh setiap muslim. Mereka yang berpendapat seperti ini meyakini bahawa seandainya sesuatu yang dengannya sempurna suatu yang wajib maka ia juga adalah wajib. Contohnya solat yang tidak akan sah melainkan setelah wudhu’ maka wudhu’ adalah wajib kerana ia merupakan syarat sahnya solat. Seandainya manusia tidak akan kenal Tuhan melainkan dengan memperlajari Bahasa Arab maka Bahasa Arab adalah wajib kerana ia menjadi syarat sampainya aqidah. Namun, kita bersikap sederhana dalam hal ini kerana hari ini tanpa mempelajari bahasa Arab pun manusia dapat beriman dan bertaqwa.

2. Sarjana-sarjana Bahasa Arablah yang telah memainkan peran besar sehingga Islam masih terpelihara hingga hari ini. Lebih 1400 tahun namun tetap terpelihara. Bahkan Allah SWT menciptakan golongan ini khusus demi menjadi musabbab atas terpeliharanya Al-Quran mukjizat sepanjang zaman.

Siapa yang menghadiahkan titik kepada ba’, ta’, tsa’, dzal, zai, jim, dhod, fa’, qaf dan seterusnya kalau bukan sarjana bahasa Arab? Siapa yang menyusun Nahu menjadi sebuah disiplin ilmu yang kukuh sehingga kita dapat mengenal pasti mana subjek, mana prediket, mana objek dalam sebuah ayat? Siapa yang menyusun Sorof sehingga kita dapat mengenal pasti asal usul sebuah kata dan perubahan makna yang berlaku dalam setiap perubahan bentuk kata? Siapa yang menyusun Balaghah menjadi sebuah disiplin ilmu yang mengungkap rahsia dan makna disebalik keindahan rupa, bentuk dan bunyi suatu ayat? Siapa yang berjasa mendata dan menyenaraikan perkataan-perkataan yang ‘gharib’ (asing) sehingga kita dapat merujuk makna kata tersebut? Siapa dari masa ke masa mengungkap kandungan Al-Quran yang relevan sepanjang usia bumi?

Hanya mereka yang mempunyai tsaqafah bahasa Arab yang tinggi dan luas sahaja yang mampu terjun ke dalam lautan ilmu Al-Quran dan Sunnah.

3. Manakah yang lebih bermanfaat, memberi segulung ilmu, atau memberi sebuah kunci yang mampu digunakan membuka khazanah ilmu yang tidak terbatas?

Memandaikan umat akan bahasa Arab adalah umpama memberi kunci azimat yang dapat membuka khazanah ilmu Allah.

4. Mengapa umat menjauh atau bahkan meninggalkan Al-Quran? Kerana mereka tidak memahaminya. Mereka tidak menikmatinya. Mereka tidak merasa bahawa ia sesungguhnya diturunkan secara langsung dari Allah kepada dirinya.

Mengapa hari ini mereka bahkan mula mengkritik Al-Quran? Kerana mereka tidak dapat melihat mukjizat yang terkandung di dalamnya. Mereka tidak terkesima dan tidak terbelik kerana keagungan dan kemukjizatan Al-Quran yang tidak tampak di mata mereka akibat tidak memiliki Bahasa Arab.

Mengapa bacaan Al-Quran, zikir harian, solat dan ibadah lain tidak memberi kesan kepada hati, minda dan jiwa? Kerana mantra-mantra Ilahi itu tidak lagi berkesan. Manusia menjadi burung kakak tua yang berbicara tanpa mengetahui apa yang dikata. Mantra-mantra Ilahi itu tidak meresap ke dalam jiwa, tidak bergetar di dalam hati, tidak dicerna di dalam minda dan tidak mengalir di setiap pergerakkan anggota tubuh kerana tidak ada faham mengenainya.

5. Jika ada abang dan kakak senior yang mengatakan “Jangan ambil Fakulti Bahasa Arab sebab ia sangat susah!” maka ketahuilah bahawa abang dan kakak senior itu berbohong. Ramai abang dan kakak yang lambat selesai bukan kerana susahnya Fakulti ini. Faktor yang menyebabkan hal itu terjadi adalah : kurang persiapan, kesalahan teknik belajar, kegagalan mengikuti perkembangan pembelajaran dan kurang usaha.

Lagi pun apakah ada studi yang tidak susah? Jika mudah buat apa studi?

6. Jika anda ingin memasuki Fakulti Perubatan maka anda perlu cemerlang dalam seluruh mata pelajaran asas sains terutama biology. Jika anda ingin memasuki Fakulti Kejuruteraan maka anda perlu cemerlang dalam mata pelajaran seperti Matematik dan Fizik? Maka jika anda ingin memasuki Fakulti Bahasa Arab anda perlu cemerlang semua mata pelajaran asas bahasa Arab kerana apa yang akan dipelajari adalah lebih dalam dan lebih teliti.

Jika berpeluang, datang ke Mesir sekarang juga, untuk mendapatkan kelas bahasa Arab yang mengukuhkan segala maklumat yang telah kita pelajari sejak sekolah rendah hingga menengah. Barulah asas Bahasa Arab itu mengalir dalam diri kita.

7. Terjun ke Fakulti Bahasa Arab bererti menjadikan Bahasa Arab sebagai kepakaran utama kita, maka kepakaran itu perlu digunakan dan diiringi dengan pembelajaran dan pembacaan hal-hal lain terutama demi membedah khazanah ilmu Islam dan alam. Jika ia tidak, ia umpama memiliki harta yang dahsyat namun tidak dimanfaatkan.

8. Bahasa adalah kemahiran maka ia mengandung paling sedikit tiga aspek. Kemahiran berbicara, kemahiran menulis serta kemahiran membaca dan memahami. Setiap yang berbentuk kemahiran maka memerlukan latihan. Proses transaksi ilmu di meja kuliah sahaja tidak cukup jika tidak diiringi dengan proses menajaman keterampilan di dalam kehidupan sehari-hari.

9. Graduan Fakulti Bahasa Arab tidak hanya diharapkan untuk mampu memahami Khazanah Turast akan tetapi memiliki tugas yang lebih besar iaitu mewarnai masyarakat dengan tsaqafah bahasa Arab yang tinggi. Semakin ramai masyarakat menguasai bahasa Arab semakin ramai agen pemelihara Al-Quran dan semakin ramailah pemacu aspirasi dan tamadun umat bercorakkan nilai-nilai Al-Quran.

10. Hanya suatu yang gagah, perkasa dan besar sahaja yang mampu menampung dan menaungi sesuatu yang besar perkasa dan gagah. Umpama sebuah gunung yang tinggi dan gagah tegap berdiri kerana akarnya yang kukuh dan perkasa. Hanya bahasa yang besar, agung, gagah, luas dan perkasa sahaja yang mampu menaungi, mengandung, menampung dan menyimpan kalam Allah yang Maha Dahsyat, Maha Gagah, Maha Luas, Maha Perkasa, Maha Indah, Maha Halus, Maha Jelas dan maha segala maha.


* DIPETIK DARI BLOG TAQEYYABELLA
http://taqeyyabella.naemy.net

Sunday, February 7, 2010

إلى طلابي وطالباتي المحبوبين...


تَعَلَّمُوا العَرَبِيَّةَ أيها الناس!
لِأَنَّهَا مِنَ وَاجِبَاتِ الْمُسْلِمِيْنَ
لِفَهْمِ أُمُوْرِ الدِّيْنِ.


اللُّغَةُ الْعَرَبِيَّةُ لُغَةُ الْقُرْءَانِ الْكَرِيْمِ.
اللُّغَةُ الْعَرَبِيَّةُ لُغَةُ الْحَدِيْثِ النَّبَوِيِّ الشَّرِيْفِ.
اللُّغَةُ الْعَرَبِيَّةُ لُغَةُ الْعِبَادَةِ.
اللُّغَةُ الْعَرَبِيَّةُ لُغَةُ أَهْلِ الْجَنَّةِ.
اللُّغَةُ الْعَرَبِيَّةُ أَفْصَحُ اللُّغَةِ فِي العَالَمْ.

فَكُوْنُوْا أَنْتُمْ مُفْتَخِرِيْنَ بِهَا!
0


FAKIR: miskin? Atau apa?

kalimah (غَنِيَ يَغْنَى غِنًى - وهُوَ غَنِيّ) membawa maksud "berharta" @ "banyak harta" (yakni, kaya)
1) ia membawa maksud "tidak memerlukan". seorang yang kaya @ banyak hartanya tidak memerlukan lagi (daripada orang lain) sesuatu yang telah ia miliki.
2) ia juga membawa maksud "cukup". seorang yang kaya @ banyak hartanya cukup dengan apa yang ia ada.

contohnya:
1) "dia tidak memerlukan buku itu.
" (هُوَ يَغْنَي عَنِ الْكِتَابِ).
bermaksud هُوَ لَا يَحْتَاجُ إِلَى الْكِتَابِ).
2) "dia cukup dengan sebuah kereta."
(هُوَ يَغْنَي بِسَيَّارَةٍ وَاحِدَةٍ)
.
bermaksud (هُوَ يَكْتَفِي بِسَيَّارَةٍ وَاحِدَةٍ).

Manakala kalimah (فَقُرَ يَفْقُرُ فَقَارَةً - وهو فَقِيْرٌ) merupakan lawan kepada kalimah (غني) yang membawa maksud:
1) "tidak berharta" @ "tidak memiliki sesuatu" (fakir @ miskin).
2) daripada kalimah (فَقُرَ) terbitnya kalimah (اِفْتَقَرَ) yang bermaksud "menjadi tidak berharta". orang yang tidak berharta dikira sebagai seorang yang fakir@miskin. maka kalimah (افتقر)membawa maksud "menjadi fakir@miskin"
3) dari situ, seorang yang "menjadi fakir", maka dia "memerlukan" kepada sesuatu.

contoh:
1) "dia tidak berharta @ tidak memiliki sesuatu."
(هُوَ يَفْقُرُ) @ (هُوَ فَقِيْرٌ
)
.
bermaksud (لَيْسَ عِنْدَهُ الْمَالُ).
2)"dia menjadi fakir." (هُوَ يَفْتَقِرُ).
bermaksud (صَارَ هُوَ فَقِيْرًا).
3) "dia memerlukan diut." (هُوَ يَفْتَقِرُ إِلَى النَّقْدِ).
bermaksud (هُوَ يَحْتَاجُ إِلَى النَّقْدِ).

MAKA, apabila seseorang itu "tidak memiliki sesuatu" nescaya ia "memerlukannya"..............

والله أعلم بالصواب

HAYATI DOA INI:
رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيْرٌ.
APAKAH YANG ANDA FAHAMI?

Friday, February 5, 2010

Pelajaran 1 : PERKATAAN (الكلمات)

assalaaaaamualaikum warohmatullaaahi wabarokaaaaatuh!

الكلمات (perkataan) dalam bahasa Arab terbahagi kepada 3 bahagian:
pertama : الاِسْمُ (kata nama)
yang kedua : الفِعْلُ (kata kerja)
dan yang ketiga : الحَرْفُ (kata hubung/partikel)

1) الاسم (kata nama) boleh disambungkan dengan "أل" dan boleh menerima "baris dua/tanwin",
contoh : طـالـبٌ dan الـطـالـبُ

salah satu fungsi الاسم ialah boleh dijadikan sebagai "subjek" dalam ayat.
contoh: الطالبُ يَقْرَأُ الأَخْبَارَ

TETAPI...
2) الفعل (kata kerja) TIDAK boleh dihubungkan dengan "أل" dan TIDAK boleh menerima "baris dua/tanwin"........
contoh: طَـلَـبَ , يَـطْـلُـبُ dan اُطْـلُـبْ
dan الفعل tidak boleh dijadikan "subjek" dalam ayat.

MANAKALA,
3) الحرف (kata hubung/partikel) berfungsi untuk berhubung/bergabung dengan الاسم ataupun الفعل dan....
الحرف
tidak akan membawa apa-apa erti/kefahaman kecuali apabila ianya berhubung
dengan sama ada الاسم ataupun الفعل

والله أعلم.

Adakah Terjemahan Mesin Berkesan?

Terjemahan Mesin (Machine translation) (MT) adalah proses mengalihbahasa atau terjemahan automatik daripada satu bahasa kepada bahasa lain yang dilakukan oleh komputer. Ia merupakan salah satu matlamat terawal dalam bidang Sains Komputer. Persoalannya adakah terjemahan mesin mampu menghasilkan suatu terjemahan yang baik?

Perlu diingat, penterjemahan bukan sekadar menggantikan perkataan dengan perkataan yang lain atau berbentuk literal. Sebaliknya kita haruslah mampu untuk mengetahui “semua perkataan” dalam satu ayat atau rangkai kata dan bagaimana setiap satunya akan mempengaruhi yang lain. Hal ini kerana setiap bahasa ciptaan manusia terdiri daripada Morfologi (pembinaan ayat daripada makna perkataan), Sintaksis (struktur ayat) dan Semantik (erti perkataan).

Oleh itu, perkara penting yang kita perlu pertimbangkan apabila menggunakan khidmat Terjemahan Mesin iaitu menyelesaikan masalah kefahaman bahasa tersebut. Kita perlulah mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bahasa yang digunakan serta bahasa sasaran. Contohnya, apabila kita hendak menterjemahkan bahasa Melayu kepada bahasa Arab, kita perlu memahami bahasa Melayu dan bahasa Arab dari aspek tatabahasa serta peraturan-peraturan khusus kedua-dua bahasa tersebut.

Hasil daripada penyelidikan dan pengkajian manusia, kita dapati semua bahasa telah mempunyai Terjemahan Mesin. Secara positifnya, ia mampu mempercepatkan urusan penterjemahan dibandingkan penterjemahan yang dilakukan secara manual. Antara laman web yang baik dalam memberikan penterjemahan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Arab atau daripada bahasa Arab kepada bahasa Inggeris ialah www.ajeeb.com dan www.almisbar.com.

Dalam hal ini, terdapat beberapa kaedah daripada Terjemahan Mesin yang memberikan natijah yang agak baik iaitu kaedah merujuk Leksikon, kaedah asas Tatabahasa dan kaedah asas Semantik (terjemahan mesin berasaskan pengetahuan). Ketiga-tiga kaedah ini akan memproses teks yang akhirnya akan menghasilkan teks ke dalam bahasa sasaran. Ini memerlukan leksikon yang menyeluruh dengan paduan Morfologi, maklumat Sintatik, Semantik dan set peraturan yang besar.

Begitu juga dengan kaedah Statistik dan kaedah berasaskan contoh. Kedua-dua kaedah ini pula melibatkan kepada pembinaan leksikon secara manual dan menulis peraturan yang akan menjana kepada penterjemahan berdasarkan kepada Dwibahasa korpus teks.

Kini, dengan tuntutan zaman yang kian mendesak dari segi waktu, tenaga dan material, Terjemahan Mesin sebenarnya boleh dijadikan sebagai alternatif bagi mempercepat dan memudahkan urusan kerja. Oleh yang demikian, terpulanglah kepada kebijaksanaan kita dalam memanfaatkan teknologi tersebut agar pemindahan ilmu dan idea dapat dilakukan setepat mungkin.

* sumber : www.durusarabiyyah.com

Friday, January 29, 2010

TAHUKAH ANDA? (هل أنت عارِف؟)

SALAM SEJAHTERA (ke atas kamu/kepadamu/anda) dalam bahasa arab ialah السلام عليكم. Sememangnya orang Melayu suka melafazkan benda yang sama dua kali.... sama ada mereka tidak memahaminya ataupun ucapan tersebut (salam sejahtera) termasuk dalam "تــوكـــيــد" (berbentuk penegasan)?

Bagaimana pula dengan:
- malam Lailatul Qadr,
- pintu gate,
- tidak dapat tidak mesti.

???

BELAJARLAH BAHASA ARAB KERANA KEWAJIPAN UNTUK MEMAHAMI AGAMA

Salam Sejahtera (السلام عليكم)....

Sesungguhnya Islam menggalakkan umatnya (يَحُثُّ عَلَى أُمَّتِهِ) dan menggesa mereka agar mempelajari bahasa Arab supaya mereka dapat memahami al-Quran al-Karim. Dari situ mereka akan menjadi umat yang patuh kepada perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Mereka juga mampu untuk memahami penerangan Rasulullah SAW yang berupa al-Hadis.

Untuk memahami al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW serta memahami tafsiran kedua-keduanya; di samping itu boleh membaca dan memahami buku-buku rujukan agama yang muktabar, tidak dapat tidak (لَا بُدَّ) mereka mesti menguasai ilmu-ilmu bahasa Arab yang terdiri daripada:
1) Ilmu Soraf,
2) Ilmu Nahu, dan
3) Ilmu Balaghah

Wallahu A'lam (والله أعلم)

Friday, January 22, 2010

أهلا وسهلا ومرحبا بكم في موقع اللغة العربية

assalamualaikum wbt...

selamat datang انا ucapkan kepada semua إنسان yang sudi menjengok هذا الموقع الجديد.