Pages

MUHTAWAYAAT

Sunday, February 6, 2011

PERKATAAN MELAYU ASAL ARAB

Tahukah anda bahawab perkataan Melayu pinjaman dari bahasa Arab
adalah sebanyak 1,791 perkataan. Jumlah ini adalah berdasarkan
bilangan kata-kata dasar yang dimuatkan dalam Kamus Dewan.

Pengaliran masuk perkataan bahasa Arab beserta kedatangan agama
Islam merupakan peristiwa yang sama penting dengan pengislaman
kerajaan Melaka dalam sejarah dunia Melayu.

Melalui proses peminjaman dari bahasa Arab, perubahan leksikal
dilakukan sama ada kata umum mahupun istilah. Setelah agama
Islam disebarkan ke seluruh dunia Melayu, bahasa Melayu bukan
sahaja menjadi bahasa pengantar bagi bidang pendidikan dan
pengajian tinggi tetapi juga bahasa umum di Nusantara. Oleh itu
kebudayaan Islam memberi pelbagai pengaruh yang penting
kepada masyarakat Melayu.

Sifat yang didapati tentang golongan perkataan dari bahasa Arab
adalah seperti yang berikut:

Kebanyakan kata pinjaman dari bahasa Arab terdiri daripada
tiga kategori seperti “konsep berdasar ilmu Islam”
(pandangan dunia,nilai moral,undang-undang,upacara dll),
”perkembangan perniagaan” dan “peningkatan sains,
kesusasteraan dan seni”. Terutamanya, perkataan Arab boleh
dijumpai dalam golongan kata umum yang bermaksud hubungan
antara Tuhan dan manusia, perniagaan dan upacara seperti
kelahiran, perkahwinan, pemakaman dan sebagainya.

Sebagai kesimpulan, perkataan-perkataan tersebut telah sebati
dalam kehidupan harian dan menggambarkan jiwa bangsa
dunia Melayu.

Contoh : adat, dunia, masjid, salam, ulama, masyarakat, syarikat,
musim, ilmu, khabar, hukum, huruf, nujum, kamus, murid, nafi,
hikayat, sejarah, riwayat, kisah, mahabbah.......
DAN BANYAK LAGI..........

No comments:

Post a Comment