Al-Quran dan Bahasa Arab adalah ibarat isi dan kuku, di mana hubungannya begitu dekat dan erat. Hubungan yang tidak dapat dipisahkan sama sekali, kerana penggunaan al-Quran untuk tujuan mengajar ilmu Bahasa Arab terutama ilmu Nahu (grammar) itu sendiri telah mendapat perhatian yang berat oleh Ulama' Bahasa Arab bermula daripada Abu Aswad al-Du'ali yang telah meletakkan asas ilmu Nahu setelah beliau mendengar adanya lahn (kesalahan daripada segi nahu) dalam pembacaan al-Quran. Penggunaan al-Quran dalam menerangkan kaedah Nahu Bahasa Arab dinamankan SYAHID AL-QURAN. Antara kitab yang menggunakan syahid al-Quran dalam menerangkan kaedah Nahu ialah:
1. Al-Kitab, Sibaweih (180H)
2. Syarh Qatr al-Nada wa Bal al-Sada, Ibnu Hisham (761H)
3. Syarh ibn ‘Aqil, Ibnu ‘Aqil (769H)
4. Matan Ujrumiah, al-Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Sunhajiy
5. Jami' al-Durus, al-Ghalayini (1912)
6. Al-Tatbiq al-Nahwi, Dr. Abduh al-Rajihi (1988)
7. Al-Tuhfatu al-Saniyyah, Muhammad Mahyu al-Din Ab Hamid
Al-Quran merupakan mukjizat Allah terbesar yang dimiliki oleh Rasulullah dan para pewarisnya. Banyak keistimewaan al-Quran yang patut kita rebut dan milikinya. Sekiranya para pelajar dekat dengan al-Quran; membaca, mengahayati dan memahami al-Quran, nescaya kesukaran dan kelemahan mereka menguasai ilmu bahasa Arab akan dapat diatasi, Insya-Allah....
Al-Quran yang HEBAT itu memungkinkan pelajar untuk lebih mudah memahami tentang kaedah-kaedah Nahu yang nampak seakan-akan terlalu susah.....
No comments:
Post a Comment