Pages

MUHTAWAYAAT

Sunday, February 6, 2011

PERKATAAN MELAYU ASAL ARAB

Tahukah anda bahawab perkataan Melayu pinjaman dari bahasa Arab
adalah sebanyak 1,791 perkataan. Jumlah ini adalah berdasarkan
bilangan kata-kata dasar yang dimuatkan dalam Kamus Dewan.

Pengaliran masuk perkataan bahasa Arab beserta kedatangan agama
Islam merupakan peristiwa yang sama penting dengan pengislaman
kerajaan Melaka dalam sejarah dunia Melayu.

Melalui proses peminjaman dari bahasa Arab, perubahan leksikal
dilakukan sama ada kata umum mahupun istilah. Setelah agama
Islam disebarkan ke seluruh dunia Melayu, bahasa Melayu bukan
sahaja menjadi bahasa pengantar bagi bidang pendidikan dan
pengajian tinggi tetapi juga bahasa umum di Nusantara. Oleh itu
kebudayaan Islam memberi pelbagai pengaruh yang penting
kepada masyarakat Melayu.

Sifat yang didapati tentang golongan perkataan dari bahasa Arab
adalah seperti yang berikut:

Kebanyakan kata pinjaman dari bahasa Arab terdiri daripada
tiga kategori seperti “konsep berdasar ilmu Islam”
(pandangan dunia,nilai moral,undang-undang,upacara dll),
”perkembangan perniagaan” dan “peningkatan sains,
kesusasteraan dan seni”. Terutamanya, perkataan Arab boleh
dijumpai dalam golongan kata umum yang bermaksud hubungan
antara Tuhan dan manusia, perniagaan dan upacara seperti
kelahiran, perkahwinan, pemakaman dan sebagainya.

Sebagai kesimpulan, perkataan-perkataan tersebut telah sebati
dalam kehidupan harian dan menggambarkan jiwa bangsa
dunia Melayu.

Contoh : adat, dunia, masjid, salam, ulama, masyarakat, syarikat,
musim, ilmu, khabar, hukum, huruf, nujum, kamus, murid, nafi,
hikayat, sejarah, riwayat, kisah, mahabbah.......
DAN BANYAK LAGI..........

BAHASA ARAB & AL-QURAN

Al-Quran dan Bahasa Arab adalah ibarat isi dan kuku, di mana hubungannya begitu dekat dan erat. Hubungan yang tidak dapat dipisahkan sama sekali, kerana penggunaan al-Quran untuk tujuan mengajar ilmu Bahasa Arab terutama ilmu Nahu (grammar) itu sendiri telah mendapat perhatian yang berat oleh Ulama' Bahasa Arab bermula daripada Abu Aswad al-Du'ali yang telah meletakkan asas ilmu Nahu setelah beliau mendengar adanya lahn (kesalahan daripada segi nahu) dalam pembacaan al-Quran.

Penggunaan al-Quran dalam menerangkan kaedah Nahu Bahasa Arab dinamankan SYAHID AL-QURAN. Antara kitab yang menggunakan syahid al-Quran dalam menerangkan kaedah Nahu ialah:

1. Al-Kitab, Sibaweih (180H)
2.
Syarh Qatr al-Nada wa Bal al-Sada, Ibnu Hisham (761H)
3. Syarh ibn ‘Aqil,
Ibnu ‘Aqil (769H)
4. Matan Ujrumiah, al-Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Sunhajiy
5. Jami' al-Durus, al-Ghalayini (1912)
6. Al-Tatbiq al-Nahwi, Dr. Abduh al-Rajihi (1988)
7.
Al-Tuhfatu al-Saniyyah, Muhammad Mahyu al-Din Ab Hamid

Al-Quran merupakan mukjizat Allah terbesar yang dimiliki oleh Rasulullah dan para pewarisnya. Banyak keistimewaan al-Quran yang patut kita rebut dan milikinya. Sekiranya para pelajar dekat dengan al-Quran; membaca, mengahayati dan memahami al-Quran, nescaya kesukaran dan kelemahan mereka menguasai ilmu bahasa Arab akan dapat diatasi, Insya-Allah....

Al-Quran yang HEBAT itu memungkinkan pelajar untuk lebih mudah memahami tentang kaedah-kaedah Nahu yang nampak seakan-akan terlalu susah.....