Ketahuilah , bahawa bahasa arab adalah ilmu alat . Ilmu alat adalah
ilmu yang pertama sekali harus dikuasai untuk memahami ilmu-ilmu lain .
Dari Ibnu Mubarak , katanya :
'' Seseorang tidak dapat menerima apa-apa ilmu , selagi mana dia tidak menghiasi ilmunya dengan mempelajari bahasa Arab .''
Ilmu
bahasa arab itu amat luas , dan ia mempunyai puluhan cabang-cabang ilmu
yang mempunyai kepentingan tersendiri . Walaubagaimanapun , ilmu
paling penting dan asas dalam segenap ilmu tersebut ialah Nahu dan
Sorof .
- ILMU NAHU
Imam Ibn al Wardi berkata :
جمل المنطق بالنحو فمن يحرم الاعراب في النطق اختبل
''Percakapan itu menjadi indah dengan ilmu Nahu . Sesiapa yang tidak mengerti ilmu Nahu maka cederalah percakapannya .''
Berkata Imam al Baihaqi :
''Jika seorang Muhaddith (pakar hadith) tidak mengetahui Nahu , maka hanya seperti himar yang pada kepalanya uncang makanan tetapi tanpa gandum di dalamnya .''
Telah berkata Jalaluddin al Suyuti di dalam Syarah Alfiyahnya :
''Telah bersepakat para ulama' bahawa Nahu amatlah
diperlukan dan dikehendaki dalam (memahami) setiap disiplin ilmu
terutama tafsir dan hadith . Hal ini kerana tidak boleh seseorang itu
berkata-kata mengenai Kitabullah sehingga benar-benar mahir dengan
Bahasa Arab , kerana Al Quran itu berbahasa Arab maka seseorang tidak
mampu memahami maksudnya melainkan dengan mengetahui qawaid bahasa Arab
. Begitu jugalah dengan ilmu hadith.''
- ILMU SOROF
No comments:
Post a Comment