Pages

MUHTAWAYAAT

Sunday, March 27, 2011

"MAA-SYAA ALLAH!!!!!

Bila guna

Maa-Syaa Allah

مَا شَاءَ اللهُ

Tahukah anda apa erti kalimah “Maa-syaa Allah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini.

Makna “Maa-Syaa Allah” adalah lebih kurang maksudnya "Apa yang dikehendaki Allah" atau "As Allah Willing" atau "As God Willing".

Perkataan Maa-Syaa-a-Allah ini terbahagi kepada 3 perkataan :


1. Maa (
مَا) - harf (huruf atau particle), yang boleh membawa maksud Dia yang (الَّذِي) (he whom, that which, which, what ever, what so ever) Apa (مَاذ) dan juga bukan (not,لَمْ ).


2. Syaa’a (
شاءَ) - fa'il (perbuatan atau verb), yang membawa maksud (أَرَاد) - kehendak, keinginan, (design to , be willing (to), designate , intend ). Kamus al-Muwrid menambah - "to want, wish, desire, will, be willing (to), to intend, purpose, have in mid".


3. Allah (
الله) - Isim (nama atau nouns).


"Apa yang Allah kehendaki", "As Allah willing"
ما شاء الله

Didalam senario kita di Nusantara, perkataan “Maa-Syaa Allah” ini menunjukkan keta'juban atau terkejut atau sesuatu yang mengemparkan. Di negara Arab, perkataan Maa-Syaa-a-Allah disebut sebagai menandakan kegembiraan. Keadaan dan suasana perkataan “Maa-Syaa Allah” digunakan dengan pelbagai maksud. Akan tetapi, maksudnya tidak berubah :- dari segi kegembiraan pun ia merupakan "Apa yang Allah kehendaki" dan juga terperanjat juga merupakan "Apa yang Allah kehendaki". Ibn Kathir menyatakan bahawa terdapat dikalangan salaf apabila melihat perkara yang ajaib mengenai harta dan anak akan menyebut :-


ما شاء الله لا قوة إلا بالله

"Maa-Syaa Allah La Quwata illa billlah"

Sebagaimana firman Allah swt :-

وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ إِنْ تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنْكَ مَالًا وَوَلَدًا
"Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu." [al-Kahfi : 39].


Kesalahan Penggunaan Maa-Syaa Allah

1. Yang salah ialah apabila kagum melihat maksiat, perkara buruk dsb lalu berkata “Maa-Syaa Allah” - "Apa yang Allah kehendaki", seolah2 menyatakan 'apa nak buat, dah takdir buat maksiat/jahat'. Sebaik2nya hendaklah kita berlindung dengan Allah dari kemaksiatan tersebut dan juga beristighfar.“Astagfirrullahhalazim” (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah)

2. Kesalahan kedua ialah kesalahan dari segi sebutan, iaitu menyebut "ma" dengan pendek (iaitu tiada mad) panjang MAA dan juga tulisannya iaitu menulis “Maa-Syaa Allah” dengan ejaan مَشَاءَ اللهْ. Kesalahan ini akan membawa kepada pengertian yang salah. Dari segi tulisan, huruf MA di kombinasikan dengan huruf Syaa-a :-

"MaSyaa-a-Allah" - مشاء الله - yang membawa maksud "Penyebar adalah Allah / A spreader is Allah"

Sumber: bahasaarab.org (dengan sedikit ubahsuai)

No comments:

Post a Comment