قصة ما مضى خلال سنوات قليلة... أحمد الله تعالى على توفيقه في إتمامي بناء لافتة مدرستي... مع التمني أحسن الثواب من عند الله جلّ وعلا .
Pages
MUHTAWAYAAT
- AKTIVITI (1)
- BALAGHAH (1)
- KAYA BAHASA (6)
- KHAT (3)
- MELAYU-ARAB (2)
- PROGRAM (4)
- TATABAHASA (6)
- UMUM (11)
Wednesday, August 19, 2015
Monday, April 27, 2015
MUKHAYYAM ARABIY T1
Program ini berjalan selama dua hari pada 27 & 28 Mac 2015, bertujuan memupuk minat belajar dan mendalami bahasa Arab dalam kalangan pelajar tingkatan 1, mendekatkan diri dengan bahasa Arab dan membiasakan diri bercakap bahasa Arab menggunakan ungkapan-ungkapan yang mudah. Penekanan diberi kepada penguasaaan kosa kata asas yang merupakan faktor pertama dan elemen paling penting untuk menguasai bahasa Arab.
Panitia Bahasa Arab telah menjemput Dr. Seypol Barin dari UPSI menyampaikan ceramah motivasi. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Rosnan bin Mohd Ali, PK SMKASR. Kem yang dikendalikan oleh Persatuan Bahasa Arab UPSI mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar. Program ini memberikan impak yang baik kepada para pelajar. Semua mereka akhirnya berkata نحن نحبّ اللغة العربية!
WAHAI MUSLIM! PENTINGKAH BAHASA ARAB???
بسم الله الرحمن الرحيم
SUMBER: daripada sebuah laman web...
Ketahuilah , bahawa bahasa arab adalah ilmu alat . Ilmu alat adalah
ilmu yang pertama sekali harus dikuasai untuk memahami ilmu-ilmu lain .
Dari Ibnu Mubarak , katanya :
'' Seseorang tidak dapat menerima apa-apa ilmu , selagi mana dia tidak menghiasi ilmunya dengan mempelajari bahasa Arab .''
Ilmu
bahasa arab itu amat luas , dan ia mempunyai puluhan cabang-cabang ilmu
yang mempunyai kepentingan tersendiri . Walaubagaimanapun , ilmu
paling penting dan asas dalam segenap ilmu tersebut ialah Nahu dan
Sorof .
- ILMU NAHU
Imam Ibn al Wardi berkata :
جمل المنطق بالنحو فمن يحرم الاعراب في النطق اختبل
''Percakapan itu menjadi indah dengan ilmu Nahu . Sesiapa yang tidak mengerti ilmu Nahu maka cederalah percakapannya .''
Berkata Imam al Baihaqi :
''Jika seorang Muhaddith (pakar hadith) tidak mengetahui Nahu , maka hanya seperti himar yang pada kepalanya uncang makanan tetapi tanpa gandum di dalamnya .''
Telah berkata Jalaluddin al Suyuti di dalam Syarah Alfiyahnya :
''Telah bersepakat para ulama' bahawa Nahu amatlah
diperlukan dan dikehendaki dalam (memahami) setiap disiplin ilmu
terutama tafsir dan hadith . Hal ini kerana tidak boleh seseorang itu
berkata-kata mengenai Kitabullah sehingga benar-benar mahir dengan
Bahasa Arab , kerana Al Quran itu berbahasa Arab maka seseorang tidak
mampu memahami maksudnya melainkan dengan mengetahui qawaid bahasa Arab
. Begitu jugalah dengan ilmu hadith.''
- ILMU SOROF
Al Adib Al Allamah Syeikh Ahmad ibn Muhammad Zain al Fathani berkata ;
Wahai
sahabatku , jika kamu mengkehendaki kemegahan dan ketinggian, dan
tinggal dalam suasana yang seronok dan bahagia di dunia dan akhirat ,
Maka rebutlah waktu mu dengan bersungguh-sungguh menuntut ilmu, dan jadikan ilmu sorof itu ilmu yang pertama kamu dalami ,
Sesungguhnya sorof jika dibandingkan dengan ilmu yang lain umpama ibu mereka , dan ia bak purnama di sisi bintang-bintang yang berkerlipan ,
dan
ia umpama lautan , sesiapa yang menyelaminya akan berjaya mendapati
mutiara perbendaharaan kata rumit yang pasti amat tinggi nilainya .
............
“Setiap
nabi datang membawa kelebihan daripada jenis kemahiran kaumnya. Nabi
Musa datang membawa tongkat sakti berhadapan dengan Firaun yang terkenal
dengan ilmu sihir. Nabi Isa datang dengan kelebihan mengubat
penyakit-penyakit dan dapat menghidupkan orang mati kerana kaumnya
adalah pakar-pakar perubatan pada masa itu. Nabi
Muhammad pula membawa kelebihan pada bahasa iaitu Al-Quran dalam bahasa
Arab yang sangat indah dan sangat luar biasa kepada bangsa Arab yang
sangat mahir berbahasa.”
Walaupun bahasa Arab adalah bahasa yang sukar , namun bukanlah susah
bagi umat Islam menghafaznya . Ini berbeza dengan kitab suci lain ,
sebagaimana Bible misalnya . Keuniversalan
Al-Quran lainnya dibuktikan dengan bagaimana Allah menjaganya melalui
orang-orang alim dan yang memiliki kelebihan dalam menghafaznya .
Walaupun ianya terdiri dari ribuan ayat , dalam sejarah , selalu saja
banyak orang mampu menghafaznya secara cermat dan tepat . Hatta , orang
buta atau kanak-kanak pun . Al-Quran , mudah dihafaz atau dilagukan
dengan gaya apapun . Itulah bezanya dengan Kitab Suci lain .
Salah satu di antara 10 WASIAT AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA kepada seluruh umat ISLAM ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk bertutur bahasa Arab kerana ia antara syiar-syiar Islam .
Khulasohnya , marilah kita sama-sama menguasai ilmu bahasa arab kerana bahasa arab merupakan bahasa al-Quran .
SUMBER: daripada sebuah laman web...
Wednesday, April 11, 2012
KATA PINJAMAN BAHASA ARAB DALAM B.M.
Berapa jumlahnya? begitu banyak sekali..kira-kira lebih 2,000 perkataan.
SILA "GOOGLE"kan!
SILA "GOOGLE"kan!
Sunday, April 8, 2012
Monday, March 26, 2012
KEM MOTIVASI ARAB MUDAH

KEM MOTIVASI ARAB MUDAH telah berjaya disempurna pada 22 Mac 2012. Program ini dikhususkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 yang akan menghadapi PMR pada tahun ini. Program bermula 8.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Antara fokus dalam kem ini ialah memberi motivasi kepada para pelajar dalam mempelajari bahasa Arab. Pelajar juga diberi pendedahan asas-asas bahasa Arab. Semoga Program ini dapat membangkitkan semangat para pelajar untuk mempelajari bahasa Arab dan membantu mereka semua menjawab soalan peperiksaan PMR nanti, insya-Allah
Subscribe to:
Posts (Atom)



+-upload.jpg)