Pages

MUHTAWAYAAT

Monday, April 27, 2015

MUKHAYYAM ARABIY T1

Program ini berjalan selama dua hari pada 27 & 28 Mac 2015, bertujuan memupuk minat belajar dan mendalami bahasa Arab dalam kalangan pelajar tingkatan 1, mendekatkan diri dengan bahasa Arab dan membiasakan diri bercakap bahasa Arab menggunakan ungkapan-ungkapan yang mudah. Penekanan diberi kepada penguasaaan kosa kata asas yang merupakan faktor pertama dan elemen paling penting untuk menguasai bahasa Arab. 

Panitia Bahasa Arab telah menjemput Dr. Seypol Barin dari UPSI menyampaikan ceramah motivasi. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Rosnan bin Mohd Ali, PK SMKASR. Kem yang dikendalikan oleh Persatuan Bahasa Arab UPSI mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar. Program ini memberikan impak yang baik kepada para pelajar. Semua mereka akhirnya berkata نحن نحبّ اللغة  العربية!

WAHAI MUSLIM! PENTINGKAH BAHASA ARAB???

بسم الله الرحمن الرحيم


   Ketahuilah , bahawa bahasa arab adalah ilmu alat . Ilmu alat adalah ilmu yang pertama sekali harus dikuasai untuk memahami ilmu-ilmu lain . 


Dari Ibnu Mubarak , katanya : 

'' Seseorang tidak dapat menerima apa-apa ilmu , selagi mana dia tidak menghiasi ilmunya dengan mempelajari bahasa Arab .''

    Ilmu bahasa arab itu amat luas , dan ia mempunyai puluhan cabang-cabang ilmu yang mempunyai kepentingan tersendiri . Walaubagaimanapun , ilmu paling  penting dan asas dalam segenap ilmu tersebut ialah Nahu dan Sorof .

  • ILMU NAHU
Imam Ibn al Wardi berkata :

 جمل المنطق بالنحو فمن يحرم الاعراب في النطق اختبل
''Percakapan itu menjadi indah dengan ilmu Nahu . Sesiapa yang tidak mengerti ilmu Nahu maka cederalah percakapannya .''


Berkata Imam al Baihaqi :

''Jika seorang Muhaddith (pakar hadith)  tidak mengetahui Nahu , maka hanya seperti himar yang pada kepalanya uncang makanan tetapi tanpa gandum di dalamnya .''



Telah berkata Jalaluddin al Suyuti di dalam Syarah Alfiyahnya :

''Telah bersepakat para ulama' bahawa Nahu amatlah diperlukan dan dikehendaki dalam (memahami) setiap disiplin ilmu terutama tafsir dan hadith . Hal ini kerana tidak boleh seseorang itu berkata-kata mengenai Kitabullah sehingga benar-benar mahir dengan Bahasa Arab , kerana Al Quran itu berbahasa Arab maka seseorang tidak mampu memahami maksudnya melainkan dengan mengetahui qawaid bahasa Arab .  Begitu jugalah dengan ilmu hadith.''   


  • ILMU SOROF


Wednesday, April 11, 2012

KATA PINJAMAN BAHASA ARAB DALAM B.M.

Berapa jumlahnya? begitu banyak sekali..kira-kira lebih 2,000 perkataan.
SILA "GOOGLE"kan!

Sunday, April 8, 2012

LOGO MAJALAH SMKASR

design logo majalah SMKASR (Okt 2011)

DAH LAMA TAK BUAT KHAT... memenuhi permintaan us. Abu Bakar

artwork yang dihasilkan untuk maahad tahfiz darul iman kaisah, slim river (julai 2010)

Monday, March 26, 2012

KEM MOTIVASI ARAB MUDAH


KEM MOTIVASI ARAB MUDAH telah berjaya disempurna pada 22 Mac 2012. Program ini dikhususkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 yang akan menghadapi PMR pada tahun ini. Program bermula 8.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Antara fokus dalam kem ini ialah memberi motivasi kepada para pelajar dalam mempelajari bahasa Arab. Pelajar juga diberi pendedahan asas-asas bahasa Arab. Semoga Program ini dapat membangkitkan semangat para pelajar untuk mempelajari bahasa Arab dan membantu mereka semua menjawab soalan peperiksaan PMR nanti, insya-Allah

Sunday, February 12, 2012

majlis penutupan rasmi TAHBIBUL LUGHAH



Alhamdulillaah... Wassolaatuwassalaam 'ala Rasulillah...

Pada 10 Februari 2012, telah sempurnalah Majlis Penutupan Rasmi Program TAHBIBUL LUGHAH pelajar-pelajar tingkatan satu yang dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMKASR.
Semoga bahasa Arab sentiasa dekat di hati para pelajar semua. Ingatlah! bahasa Arab itu TIDAKlah SUKAR sekiranya kita sentiasa mendekatinya...
Wahai pelajar yang disayangi, pupuklah kecintaan kepada bahasa Arab kerana bahasa Arab adalah bahasa AL-QURAN dan AL-HADIS.

Jazaakallahu khairan katsira kepada semua Guru Bahasa Arab yang telah memberikan kerjasama yang baik.
Terima kasih kepada Tn. Hj. Jamaluddin dan BADAR yang telah sudi bekerjasama menjayakan majlis ini dan program MAULIDURRASUL.
Syukran Jazilan kepada pelajar-pelajar yang membantu membuat persiapan dan para pelajar yang telah menjayakan persembahan. Alfu syukr kepada Tuan Pengetua kerana sudi merasmikan Majlis Penutupan Tahbibul Lughah ini.

keterangan gambar:
(ATAS) MEMUKAU... deklamasi sajak dan lakonan daripada ukhti HANIS
(TENGAH) MENARIK....persembahan nasyid oleh para pelajar tingkatan 1 putera
(BAWAH) JAZAAKALLAHU KHAIRAN KATSIRA... penutupan rasmi oleh tuan Pengetua