Sebagaimana telah diketahui, HARAF@KATA HUBUNG ialah sejenis kata yang tidak membawa apa2 maksud kecuali setelah berHUBUNG (bersama) dengan perkataan lain (ISIM/FE’EL). Justeru, berdasarkan ini, HARAF (الــحــرف) terbahagi kepada TIGA:
1. HARAF bersama ISIM (حرف + اسم)
Contoh:
- في + المطعم bermaksud : DI KANTIN
- إن + الأبرار bermaksud : SESUNGGUHNYA ORANG2 YANG BAIK
- يا + ربنا bermaksud : WAHAI TUHAN KAMI
2. HARAF bersama FE’EL (حرف + فعل)
Contoh :
- أن + تصوم bermaksud : HENDAKLAH BERPUASA
- لم +يلد bermaksud : TIDAK PERNAH MELAHIRKAN
- قَدْ + أفلح bermaksud : SESUNGGUHNYA TELAH BERJAYA
3. HARAF bersama ISIM&FE’EL (حرف + اسم/فعل)
Contoh :
- و + صديقه bermaksud : DAN RAKANNYA
- و + يصلّي bermaksud : DAN SEMBAHYANG
Sekiranya diperhatikan, setiap daripada haraf2 di atas tidak akan membawa apa2 maksud sekiranya tidak datang bersama dengan kalimah lain (sama ada isim / fe’el)
والله تعالى أعلم منا